Want your
own Fotopage?








 
PAAN's FotoPage

By: AHMAD FARHAN RAMLI

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 27-Aug-2009 04:21 Email | Share | | Bookmark
dah puas bertapa?



sifu borox tanya aku pi bertapa ka lama x jenguk fp ni... hehe...
sebenornya dah lama gak x buka tgk fp n pegang kamera ni, selain agak maleh, x tau nak snap apa and agak bizi dgn kerja...

so, dikesempatan ni, di up kan beberapa gambar yg dah lama di snap, tp baru ada hati nak edit... chantek ka? ntah la, mcm byk yg kurang ... tggu lh hujung thn ni, i'allah ada masa ckit nak study semula ilmu2 photography yg dipelajari... (i'allah ada subjek baru, my baby, )

So kawan2, layanz and enjoyssss....


borox suke kucim...


pemandangan biasa di Semporna, budak2 turjun laut...


nama tempat ni, kg. tampi-tampi...





itu saja... bye2 for now...

Cam makin malas je ni... rekod prestasi menurun nis...
Kena bertapa dalam lubang perigi plak ni..
Apepun nice try.. jgn putus asa sehingga munculnya angsa... semoga murah rezeki dpt job2 foto.
Tue 8-Sep-2009 06:49
Posted by:husmira  - [Link]
Jgn malas2...Kalau malas macam mana saya nak menuntut dari bro ni huhu.... Sun 27-Sep-2009 11:55
Posted by:Azahar-UKiR  - [Link]
ohhh ni makin sirius penyakit malas ni ... mebe akan sembuh pas dapat baby nanti ya

salam aidilfitri , maaf zahir & batin
* sudi-sudikan jenguk kami di flickr ya
Mon 28-Sep-2009 09:44
Posted by:ad+apex@MeMoRaBiLia  - [Link]
Add comment


Wednesday, 1-Jul-2009 15:39 Email | Share | | Bookmark
Test editing...

Salam semua...
Ini hanya sekadar test editing lebih dari fungsi2 asas yang blajar sblm ni.
Hanya ada sekeping joh... (masih byk kena blajar)



Kelas Editing Custom Album Kini Dibuka Untuk Pendaftaran....
Tempat terhad untuk 12 orang sahaja...
Tue 11-Aug-2009 05:36
Posted by:Azahar-UKiR  - [Link]
lamanye ko betapa... bila nak kuar ilmu lg ni weiii.. nt ilang ilmu lama2 Wed 19-Aug-2009 09:34
Posted by:husmira  - [Link]
salam.. huhu..! blh ka nak join the club. Wed 26-Aug-2009 07:19
Posted by:Taufiq Latif  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Thursday, 11-Jun-2009 13:31 Email | Share | | Bookmark
Balik kampung...

Cuti sekolah (pertengahan tahun), aku amik kesempatan balik kampung jap nun di Kedah sana (rindu bah, lama x sedut udara di Kedah, , ada beza ka?)
Kesempatan seminggu di kampung aku abihkan dengan jalan2, sebab banyak benda nak kena buat, sambil tu balik tengok mak mertua aku jap (mertua aku sakit masuk wad) kat Teluk Intan,. Alhamdulillah dia dh makin sihat.

Sebab terlau banyak abih masa driving sana sani, aku hanya sempat rakam ckit je gambar kat kampung,

Jadi, ni je dulu untuk kali ni (masyih asyik dengan mode macro, )


Negeri Kedah...


bunga kertas...


aku tak ingat mana aku snap daun ni.


sarang labah tinggal...


kaktus kat umah paksu...


bunga orkid ungu... (dah kacuk kot)


orkid liar (paksu aku cakap ini tulen, x kacuk)


pokok misai kucing... betoi ka? (aku pun x kenal sangat, )




my mother's rose...


itu saja... for now.

So, enjoyssssss.........

Santik!! Santik!! Thu 25-Jun-2009 01:34
Posted by:~ReeN MaMa ZaRaa~ cheerrienaz83@yahoo.com  - [Link]
cantik bagat Fri 26-Jun-2009 08:31
Posted by:mie  - [Link]
nice set. Thu 16-Jul-2009 05:35
Posted by:acai  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Tuesday, 2-Jun-2009 15:41 Email | Share | | Bookmark
New obsession?

Salam sejahtera semua....

Semenjak dua tiga menjak ni, aku ada satu obsession; main macro. Entah la kenapa tapi terasa puas kalau dapat amik gambar dekat2 ni (kalau jadi la, , kalau x jadi tu, mmg geram yang amat, )

So, kali ni di up kan beberapa pic yang tak la berapa cun, and harap2 kengkawan boleh tegur mana yang kurang (jgn pedas sgt, takut x blh terima kenyataan ) ... ...

Ni laa gambar benda2 yang ada sekitar rumah aku...


pintu rumahku yang di close-up.


rasa mcm serba kurang dlm gambar ni...


untuk next service keta den.


one of my favourite mode...


jam yang dipakai sejak tahun 2005 hingga sekarang...


kalau tau, cuba teka...


bunga hiasan dlm rumahku...


heeeeeee....


kepada kerangga ni, aku minta ampun terpijak, aku x nampak...


itu saja... enjoysssssss....

Bagus, mesti terus memetik kamera anda tanpa henti hehe
Cayok bro...
Wed 3-Jun-2009 01:24
Posted by:Azahar-UKiR  - [Link]
aku ingat kerengge tu tgh bersenam tadi.. haha
Kisah portal kahwin yg kantoi.. kisah selanjutnya di blog saya
http://afizudin.pixcursor.com/2009/06/diri-yang-kantoi/
Wed 3-Jun-2009 09:40
Posted by:afizudin@PixCursor  - [Link]
CAYALAH MACRO Thu 11-Jun-2009 05:51
Posted by:MR.MONSOON  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 17-May-2009 06:46 Email | Share | | Bookmark
Feline...

My, my... it has been a while since my last upload...

Salam sejahtera suma kengkawan. Dh lama x upload, biasalh, agak bizi dgn keje (walaupun x tau apa keje yg aku buat tu, ). Antara sebab lain lama x up ni, sebab virus malas tahap gaban-z telah menyerang aku (sapa2 ada ubat tolong pass sini, )

So, back to main topic, FELINE...



Ci'ku: Murid2, sapa tau Feline tu natang pa?
Murid2: Saya tau ci'ku, itu natang dari kuarga kusing.
Ci'ku: Bagus2, pandai murid2...



yaaa, kucing, salah satu keturunan dari kuarga feline yg terdiri daripada ghimau dan yg seangkatan dgn nya, and is my most favourite animal (aku x bleh tgk kucing, geram sebab dia comel). best ooo kalau bleh bela, tapi buat masa ni, aku x bela sekor pun, tak tau la sebab pa.

Tanpa membuang banyak masa dan tenga, Ci'ku tunjuk kan gambar2 kusing liar (suma kusing2 ini disnap setelah dijumpai dan ada yg perlu dikejar pusing rumah sampai aku semput sebab suma jinak2 merpati)...


so kawan2, layanzzz and...

Enjoyssssssss.....















ini gambar musang, kusing maksu aku, comel tapi x boleh nak dekat, kalau pegang gerenti dia gigit,


ini dua ekor kembar kat rumah makcik aku, kalau aku dekat je, mesti lintang pukang dia lari,


itu saja untuk kali ini.................

hahaha..pasni shot gambar ikan plak ek..
sotong ke, udang ke..kan Sem4na byk seafood..haha
Wed 20-May-2009 06:18
Posted by:Ieda-FotoClick clustergolgi@yahoo.com  - [Link]
Comelnya kucing2 ni
Hehe kena jadi paparazzi nak amek gambo kucing2 ni ye
Sun 24-May-2009 03:47
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
nyiaww~ Sun 31-May-2009 15:51
Posted by:mister clique  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Saturday, 28-Mar-2009 16:57 Email | Share | | Bookmark
TRIP TO KOTA KINABALU

Salam sejahtera semua...

Entry kali ni seperti yg dijanjikan, lawatan sambil berjalan2 ke Kota Kinabalu @ KK. Tp, x gi jalan kaki lah, jauh nun disana, hampir 600km gitu . Perjalanan dimulakan dengan bismillah, kami pun bertolak dgn 2 buah kereta (kereta aku and kereta Sofwan, dia bawa laju, penat aku nak follow ), dan suma skali, 9 orang ahli2 jemaah...

So, dalam 4 hari 3 malam tu, banyak la tempat kami singgah semasa dalam perjalanan pergi dan balik (tapi x sempat gi Simpang Mengayau, ), tapi x pe, sampai masa nanti, i'allah sampai juga kami ke syitu.

Al-kisah, sebab orang kata gambar menceritakan segalanya, maka tengok lah gambar di bawah ni,

So kengkawang sumeng,


Enjoyssss.....


on da way pergi, singgah Lahad Datu, makan and isi minyak keta...


sampai di check-point Sandakan, benti rehat sambil beli kudapan (nak ngap dalam keta)


sampai di kawasan atas bukit, x pasti di Ranau @ Kundasang cni, tp sijuk aaa.... 0)


amik kesempatan posing kat Ferrata (nak tgk puncak gunung Kinabalu, tp x nmpak, kabus tebal)


suasana bandar KK di awal pagi...


rehat di lobi tempat penginapan, sambil tunggu kawan2 (nak gi belekpes)


round Plaza Karamunsing...


sampai penat...


pastu gi 1-Borneo (besaq oo, mcm Mid-Valley, aku round 1 wing pun x abih, tp dh lenguh kaki), sambil tu, aku snap gambar bini aku yg dah penat ni (x tau nak snap gambar apa kat cni sbb aku terlalu enjoy gi main bowling kat syitu)


dah puas jln2, gi solat dulu dekat masjid di Teluk Likas...


mlm tu, gi mkn di Tanjung Aru, sbb gelap sgt, bini aku kuarkan power dia...


dh puas jln KK, kami pun blk. Singgah kjp kat Kundasang. Ini antara view yg menarik perhatian aku.


Singgah kjp kat kawasan rehat atas bukit ni (dax igt nama dia) utk snap n snaping...


gambar aku pun ada gak...


Singgah mkn jap kat Ranau, pastu ada sekor makhluk Allah ni menarik perhatian aku...


Singgah Sandakan dulu, esoknya gi Taman Buaya (sbb x pernah tgk boya live), besarnya... terbayang kalaulah dia dapat aku... ish... ish... ish...


sebelum balik, tunjuk berani dulu bergambar dgn boya...


so kawan2, ni jelah yg mampu di upload...

Hopefully, dpt enjoy sama...

Adios for now...

jgn malas sepanjang tahun dik ooi....nanti effect kan increment plak........... lagi haru.......... Tue 12-May-2009 00:29
Posted by:syuhaiza syuhaizadrase@gmail.com  - [Link]
cepatla update kucim tu bam paam oii.. Sun 17-May-2009 06:57
Posted by:Ieda-FotoClick clustergolgi@yahoo.com  - [Link]
gambor masjid, permandangan n lalat 2 besh~ Sun 7-Jun-2009 16:25
Posted by:mister clique  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Thursday, 26-Mar-2009 12:38 Email | Share | | Bookmark
Mataking? macam dah lapuk la plak... hihi...

Ehem... ehem...

Assalamualaikum org2 kampung... entry kali ni nak upload gambar vacation to Mataking Island dulu, bukan apa, alang2 dah sampai citu and snap and snaping, rugi la plak rasa kalo x upload...
walaupun dah agak lapuk topic ni, (sebab sume ahli fotoclick cite kat fp), kawe upload jg...

So, layan je lah ye kawan2 sume...

p/s: nak upload trip gi Kota Kinabalu lak ni (insyallah esok siap edit serba sikit)...



ni gambar amik masa on da way ke Mataking, tertarik tgk biasan cahaya matahari tu, kawe pun snap,



ini kawe dgn isteri kawe, dah puas main pasir, sampai x sedar kaki penuh pasir masa amik gambar ni...


ntah la apa yang 2 kawan aku ni tgh tengok, aweks kot...


sempat diorang posing....


tengok la kawan aku sorang ni, mana ntah anak ikan tu dia dapat, pastu x sabo2 nak telan...

ni antara gambar2 permandangan yang aku amik kat sana, juga binatang cute ciptaan tuhan, (penat aku kejar dia, kecik2 pun laju nak mampuih... )






tengok la mata dia tu, comel aa...

ni je lah yang dapat kawe upload, so tunggu siri "TRIP TU KOTA KINABALU"

So kawan2, enjoyssss.....

Salam. haha laju sgt ke mende kecik ni?

re: HDR.
Saya pakai photomatix. tak pandai guna photoshop. and kalau saya buat HDR pun saya buat kat gambar landscape je. pemandangan. tak pernah amek gambar test power mcm dave hill tu huhu. takot tak jadi je.

biasa (saya pun pakai d60), masa guna photomatix tu saya combine 7 keping gambar. wooh byk ke? saya tak try lagi kalau 3 keping effect dia camne, 5 keping effect dia camne. So masa ambil gambar shoot RAW type, bila dah ambil tu tekan OK sepantas kilat pergi kat RAW processing image tu, and cek bahagian exposure shj; yg paling gelap n yg paling terang(+3 & -3). Kalau yg paling terang cukup terang, dan yg paling gelap cukup gelap, ok la tu nak buat HDR.(ni teknik yg saya rasa boleh dipakai kot) huhu.

lain org lain teknik. lepas tu baru try shoot lain2 exposure, shutter. Kalau cahaya matahari cukup kuat, n awan berkepul2 itulah masa yg paling best utk amek HDR.(pendapat individu). Sbb kita takde spot light mcm Dave Hill. heuhuhe. lepas tu baru la convert kan RAW type tu ke 7, 5, atau 3 keping gambar berlainan exposure. pastu main photomatix. bykkan experiment ngan photomatix punya tools tu(bahagian bawah tu). dulu 1 keping gambar ada la dlm 30min nak siap, bila dah biasa tak sampai mcm tu. kejap je.

kalau ada yg tak faham bgtau ler. actually susah gak nak share kat internet ni. huhu.
p/s: sesetgh org ckp photomatix utk beginner. betul saya beginner lagi. huhu
Sat 28-Mar-2009 01:26
Posted by:husni  - [Link]
panjang nye mak oi. sorry Sat 28-Mar-2009 01:28
Posted by:husni  - [Link]
suka aku tgk geng2 fotoclick ni, klako dan gile2...

woit ieda, aku tgk ko teringat bapak ko, kem salam dia ah. lama dok jupe...

dear abang paan, gambo ketam tu best! teringat kawan folo dr ali shoot ketam, nak patah pinggang ah brader... syabas!


Sun 19-Apr-2009 08:44
Posted by:the+last+gezzeg mr.ghazali@gmail.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 12-Mar-2009 19:09 Email | Share | | Bookmark
My 1st wedding anniversary...

Salam semua...

Entry kali ni, aku anggap paling special tahun ni, sebab... sedar x sedar dah setahun aku kawin...
9 March 2008 - 9 March 2009 lepas, cukuplah setahun dan bermulalah sambutan anniversary yg pertama...
So, sebagai hadiah untuk wife tersayang, aku bawa dia g makan pizza (sebenonya sendiri yg kempunan ).
kebetulan plak dah ada team photography ni, aku pun pikir baik gak kalau aku bawa diorang skali, blh la diorg jadi photographer amik gambar kami...

So, entry kali ni aku dedicate khas untuk isteri, Masliha Abdul Samad...
moga kebahagiaan kita kekal sampai ke syurga... aminnnnn...

Pada masa yang sama gak, my wife give me a very special-mecial gift... She told me that SHE'S PREGNANT... i'm going to be a father... serenutnyaaaaaaaaa... dah lama gak kami tunggu, setahun....

So, wait aaa... junior photographer is coming soon.... SYUKUR PADA MU YA ALLAH.... amin...


pasangan bahagia... amin...


bergurau senda...


hmmm... selera betul bini aku makan...


selera betul hirup sup cendawan pizza hut, sedap bangat...


inilah kawan2 (yg 3 org pakai baju FotoClick tu) yang turut celebrate merangkap jurufoto... FotoClick team...

Ini je lah gambar yang di upload... sebeno nya banyak lagi, tp x pe lah, biar aku simpan dulu...
personal collection gitu....

so... enjoyssss....

Tahniah! Happy anniversary
Semoga kebahagiaan yg dikecapi hari ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat
Fri 20-Mar-2009 15:37
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
wohoo..congrats!! Sat 21-Mar-2009 02:21
Posted by:maya amir  - [Link]
selamat menyambut ulangtahun perkahwinan... Tue 24-Mar-2009 16:43
Posted by: راسيدي K a K i F o To  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Friday, 6-Mar-2009 14:07 Email | Share | | Bookmark
Welcome to... SMK Bum Bum, Semporna, Sabah...

Salam semua. Entry kali ni nak tunjuk ckit sekolah kawe. Ada permintaan khas dari kawan, minta citer pasal sekolah kawe, sebab dia baru dpt tau kawe ngajo kat pulau. Tp, sowi diucapkan sebab x sempat nak snap byk2 and dapat kan view yg lebih menceritakan pasal sekolah kawe, busy ckit, byk kijo .

Kalau nak tau lebih lanjut, datang lah melawat @ mintalah tukar ke SMK Bum Bum,
So, dengan rasa bangga (sbb kawe ngajo cni ) and segan (sbb gambo x cantik n silap edit ) and dah maleh nak buat smula , kawe persembahkan gambo2 yg barkanaan...

p/s: gambo diambik guna d60, lense 50mm and 70-300mm (pinjam dgn ieda ), so kabur ckit sbb x de VR and AF (gigil tgn nak snap )...

Soooooo...

"kelif2 bhintang bersyinar"


pintu masuk sekolah kawe...


beginilah kami ketika pergi dan balik dari sekolah...


ni lah selat yg kami redah tiap2 hari, nampak x jeti kat seberang sana? x? kejap, kawe zoom...


nampak? tp bukan yg bumbung biru tu, yg sebelah tu, yg ada bot kaler putih tu...


dah sampai seberang cni, jalan dulu kat jambatan ni ke daratan (lbh kurang 300m jauhnya)


dah sampai kesekolah... ni pandangan ke pintu masuk dari tempat turun 'bas'...


lepas 'punch', lepak dulu kat bilik guru sblm masuk kelas (@ lepak kat bilik S/U)


suasana semasa PnP berjalan, senyap sunyi... (pemandangan dari koridor utama)


tengah cantik2 aim (guna timer), tiba2 ada pelajar melintas...


abih waktu sekolah, ready nak balik rumah, tapi kena tunggu bas dulu...


antara pemandangan yg boleh dilihat sambil menunggu bot utk keseberang daratan...

begitulah rutin kami setiap hari persekolahan... kadang2 enjoy, kadang2 bila hujan and angin kuat, kecut juga perut tgk ombak...

pe pun, harap suma org blh...

enjoysssssssssssss...

salam.. emhh cantik gak gbr cikgu pos. suka sy tgk. sy pena jadi penunggu dekat c2 gak. bukan sbg cikgu. kesian... dulu letrik xda. generator hidup 8pg hingga 1 @ 3 ptg. depend on myk. suami sy keja kat situ dekat 12 tahun dah(kira senior). blum kira waktu sandaran lg. cabaran utama laut. cause sy x cun renang. kalu ribut @ ujan memang mengancam nyawa. Thu 16-Apr-2009 16:43
Posted by:jun junainahm2002@yahoo.com
saya mohd anwar,saya bersekolah kt smk bum2..saya bangga skolh kt smk bum2..smua guru2nya peramah....... Mon 30-Nov-2009 13:22
Posted by:mohd anwar bin algabra mohdanwaralgabra@yahoo.com.my
emm.......lupa nk britau,,sya da msuk tngkatan 5 thun dpan..nk spm da...tpi aq x risau bab aq yakin akan berjaya atas berkat guru2.... Mon 30-Nov-2009 13:27
Posted by:mohd anwar bin algabra mohdanwaralgabra@yahoo.com.my
View all 9 comments Add comment


Saturday, 28-Feb-2009 02:28 Email | Share | | Bookmark
Santai2...

hari ni, aku borig. Wife aku kena jadi Fasilitator prog sek dia.
lepas anta dia td, pinjam lense nikkor 50mm kat Ieda. saja nak main2.
dlm dok main tadi, rasa syok plak. jadi snap gambar wife aku byk kat camp dia td,
and dia pun snap gambo den byk2. Balik td, dok tgk, rasa mcm nak upload barang 2-3 kepin...
walu pun x best mcm otai2 buat, tp sebab nak syok kn diri sendiri, aku pun touch la ckit2. x buat pe pun, cuma auto2 je.
hasilnya, dedicate for my luvly wife...


this is my wife, dia mmg x leh tgk munge, mesti nak belek...


antara senyuman yg buat aku x tdo mlm masa ngorat dia dulu...


ni la den, no komen...


yg ni lak...


okay, kalau ada yg x kena dengan gambo tu, i'm sorry...

kelif2 bhentang bersyinar...

adios....

50mm memang beshhh... antara fav kami juga
senyuman yg mendebarkan... patutla sampai tak tidur malam
Tue 3-Mar-2009 03:03
Posted by:ad+apex@MeMoRaBiLia my_memorabilia@yahoo.com  - [Link]
awat muncung camtu... salam kenalan dari syu Tue 3-Mar-2009 09:23
Posted by:syuhaiza syuhaizadrase@gmail.com  - [Link]
Aku da update..ahahah akhirnya Thu 5-Mar-2009 12:56
Posted by:husmira|FotoClick  - [Link]
View all 9 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.